Akhbar The Brunei Times ditutup
BANGI, 7 Safar 1438H, Isnin – Akhbar berbahasa Inggeris kedua terbesar di Brunei, The Brunei Times mengumumkan penutupannya hari ini selepas 10 tahun ditubuhkan.
Brunei Times yang dimiliki oleh Brunei Times PLC itu mengumumkan perkara tersebut di muka depan akhbarnya hari ini.
“Ini adalah disebabkan oleh isu perniagaan, piawaian laporan dan kewartawanan yang perlu tanda aras terutama dalam keadaan mencabar daripada media alternatif.
“Brunei Times tidak mempunyai sumber untuk meneruskan operasi penerbitan dan Lembaga Pengarah syarikat bersetuju bahawa menutup akhbar ini adalah tindakan terbaik,” kata pengumuman muka depan akhbar itu.
Dilaporkan, penutupan itu menyebabkan seramai 130 kakitangan hilang pekerjaan.
The Brunei Times merupakan akhbar kedua dalam edaran harian selepas Buletin Borneo dengan 10,000 naskah setiap hari.
The post Akhbar The Brunei Times ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan