APEC dijangka bincang status TPPA minggu depan
KUALA LUMPUR,10 Safar 1438H, Khamis – Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru, minggu depan dijangka akan membincangkan status Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA).
Bercakap perkara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan mewakili Malaysia dalam pertemuan berkenaan.
Katanya, APEC dijangka akan membincang dan memfokuskan kepada kemungkinan Amerika Syarikat (AS) membatalkan pembabitannya dalam TPPA susulan Donald Trump menang pilihan raya negara itu, sekali gus bakal membatalkan perjanjian dagangan 12 negara berkenaan.
“Pendirian Malaysia tehadap TPPA masih tidak berganjak ketika ini kerana kita telah menilai kos faedah perjanjian itu yang banyak memberi manfaat pada ekonomi negara.
“Hasil perbincangan dan perkara lain akan dimaklumkan apabila tiba masa,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
The post APEC dijangka bincang status TPPA minggu depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan