Bank Negara tangani turun naik pasaran tukaran asing

Bank Negara

KUALA LUMPUR, 17 Safar 1438H, Khamis – Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa mengambil pelbagai langkah bagi membendung turun naik dalam pasaran pertukaran asing.

Bank pusat itu menegaskan hari ini yang kadar mata wang dalam negara adalah harga rujukan yang betul, kata Penolong Gabenor, Adnan Zaylani.

Beliau berkata, Bank Negara telah memaklumkan bank berlesen tempatan supaya tidak memudahkan sebarang kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) bagi ringgit atau kadar luar pesisir kerana ia dianggap tidak rasmi.

“Pasaran NDF telah meningkatkan kadar dalam negara 5 hingga 6 sen lebih tinggi. Ia adalah situasi di mana kita tidak boleh bertolak-ansur dan kita sedang mengambil langkah-langkah serius bagi menanganinya,” katanya.

Adnan, bagaimanapun, mengakui ia tugas yang sukar untuk menguruskan pasaran kerana Malaysia adalah pasaran terbuka dan bank pusat itu mempunyai dasar untuk mengekalkan ringgit sebagai mata wang tidak diniagakan pada peringkat antarabangsa dan mengelak potensi spekulasi.

Beliau berkata, BNM hanya boleh cuba mengurangkan pengaruh pasaran NDF ke atas dagangan dalam negara, tetapi ia tidak boleh ‘membunuhnya’ sepenuhnya kerana ia beroperasi di luar bidang kuasa bank itu.

Satu cara bank pusat itu boleh menangani situasi itu adalah dengan meningkatkan fleksibiliti pasaran dalam negara dengan menjadikannya lebih menarik.

“Jadikannya pasaran pilihan untuk penduduk dan bukan penduduk, malah menarik sebahagian penggiat pasaran NDF luar pesisir untuk datang ke dalam negara,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Adnan menjelaskan mungkin terdapat pengurus dana dengan pemegangan yang besar di pasaran Malaysia, tetapi lebih gemar untuk melindung nilai di luar pesisir.

“Oleh itu, ia adalah strategi masa depan untuk menampung permintaan pasaran pertukaran asing serta bon,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat pelan spontan yang dilaksana BNM berikutan turun naik ketika ini, Adnan berkata, terdapat beberapa inisiatif dirancang untuk 2017 dan berikutan senario ketika ini, bank pusat itu mungkin mempercepatkannya.

Beliau juga berkata, bank itu boleh mengambil tindakan punitif ke atas bank asing atau tempatan yang berdaftar di Malaysia jika mereka memudahkan transaksi NDF.

“Kami boleh mengambil (tindakan punitif) kerana mereka melanggar Pentadbiran Peraturan Pertukaran Asing (FEA).

“Malah, kami boleh mengambil tindakan berdasarkan undang-undang jenayah atau pentadbiran (ke atas mereka),” tambah beliau. – Bernama

The post Bank Negara tangani turun naik pasaran tukaran asing appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?