Bekalan minyak masak akan kembali seperti biasa tidak lama lagi: KPDNKK

subsidi-minyak-masak-dihapuskan-berita-palsu-vitdaily-01-640x384

GEORGETOWN, 10 Safar 1438H, Khamis – Bekalan minyak masak semakin pulih selepas mengalami kekurangan stok di pasaran berikutan penstrukturan semula subsidi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang, Mohd Nawardi Saad menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli minyak masak lebih daripada yang diperlukan sehingga bekalan minyak masak pulih sepenuhnya.

“Sejak penstrukturan semula subsidi minyak masak, pengeluar berhenti mengeluarkan minyak masak untuk tempoh dua hingga tiga hari bagi menyesuaikan diri dengan penstrukturan semula, mengakibatkan kekurangan minyak masak buat sementara waktu,” katanya pada sidang media selepas tinjauan jabatan itu terhadap bekalan minyak masak di sini, hari ini.

Mulai 1 November, KPDNKK mengumumkan harga bagi minyak masak di dalam botol kini dijual mengikut harga yang ditetapkan oleh pengeluar manakala harga minyak masak paket satu kilogram, kekal pada RM2.50.

Mohd Nawardi juga berkata, beliau akan memastikan seluruh kedai di negeri ini menerima bekalan minyak dalam masa terdekat berikutan terdapat sedikit kelewatan penghantaran bagi bekalan minyak.

“Saya turut menyeru kepada pembekal untuk menerima semua jenama minyak masak pada masa ini bagi mengelakkan sebarang kekurangan.

Saya faham bahawa beberapa pembekal setia kepada satu jenama tetapi kami memerlukan kerjasama daripada mereka buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nawardi menggesa orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kedai-kedai menyembunyikan bekalan minyak masak.

Operasi untuk memeriksa bekalan minyak masak dijalankan di seluruh negeri sejak 1 November, dan kini, kira-kira 50 kedai dan pembekal mengatakan mereka telah diperiksa pihak KPDNKK. – Bernama

The post Bekalan minyak masak akan kembali seperti biasa tidak lama lagi: KPDNKK appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?