Bekas CEO GLC seleweng projek RM50 juta akan ditahan: SPRM

sprm-1050x600

KUALA LUMPUR, 14 Safar 1438H, Isnin – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan projek bernilai RM50 juta akan ditahan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, suspek lelaki yang berumur 50-an itu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaaan.

“Mungkin akan ditahan dalam sehari dua lagi,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media hari ini melaporkan suspek disyaki memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada syarikat-syarikat berkepentingan.

Kegiatan rasuah itu berlaku ketika dia memegang jawatan CEO selama lima tahun bermula tahun 2010.

The post Bekas CEO GLC seleweng projek RM50 juta akan ditahan: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?