Bersatu sedia sertai pakatan harapan

tunmm

SHAH ALAM, 12 Safar 1438H, Sabtu – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan parti itu berhasrat dan bersedia menyertai blok pakatan harapan dan bakal mencadangkan menggunaan satu lambang pada Pilihan Raya Umum (PRU), akan datang.

“Kami harap Bersatu akan diterima pakatan harapan supaya kita dapat bersama-sama jatuhkan pemimpin kleptokrasi. Saya tidak ada masalah menyokong reformasi,” kata Tun Dr Mahathir ketika berucap dalam konvensyen pakatan harapan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri menafikan dakwaan kononnya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin keberatan menyertai pakatan harapan.

Ini kerana, Muhyiddin didakwa menangguhkan penyertaan Bersatu blok pakatan itu yang dijadualkan diumumkan hari ini kerana ingin bekerjasama dengan PAS.

“Memang niat kita untuk bersama dengan parti lain dalam pakatan harapan. Ini keputusan Bersatu. Tidak betul sama sekali (dakwaan) yang menentang perpaduan pakatan harapan dan Bersatu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia bersama-sama saya setuju yang kita akan menyertai pakatan harapan secara langsung,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengecam pihak yang menjadikan DAP sebagai alasan untuk tidak menyertai pakatan harapan.

“Jangan kata tidak mahu sertai (pakatan) kerana DAP. Saya dulu musuh ketat Lim Kit Siang (Ketua Ahli Parlimen DAP), tetapi itu hal kecil berbanding menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

The post Bersatu sedia sertai pakatan harapan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?