Bersih tiada manfaat: PAS

tg-dun1

KUALA TERENGGANU, 22 Safar 1438H, Selasa – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perhimpunan Bersih 5 tidak membawa sebarang unsur keamanan untuk rakyat seiring dengan matlamat sebenar demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Malah, rakyat juga tidak meraih sebarang keuntungan dan itulah alasannya kenapa PAS tetap dengan pendirian untuk terus menjauhi demonstrasi berkenaan, katanya.

Beliau berkata, penolakan menyertai perhimpunan itu selaras dengan pendirian muktamad parti sebagaimana yang diputuskan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan pada 2 Oktober lalu.

Tegasnya, walaupun keamanan merupakan hak semua tetapi aktiviti demonstrasi seumpama itu perlulah melalui proses demokrasi sebenar dengan adab yang baik.

Berhubung pemimpin dan ahli yang menyertai perhimpunan tersebut, Abdul Hadi menyerahkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu dalam parti yang dikenal pasti turut serta.

“Terpulanglah kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tidak boleh bertindak sekiranya tiada aduan,” katanya.

The post Bersih tiada manfaat: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?