Buang bayi baru lahir dalam tandas takut terlepas penerbangan
AUSTRIA, 16 Safar 1438H, Rabu – Seorang ibu sanggup membuang anaknya yang baru dilahirkan di dalam lubang tandas hanya kerana takut terlepas penerbangan yang dinaiki.
Bagaimanapun bayi itu ditemui meninggal dunia di dalam beg plastik sampah oleh seorang pencuci di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna.
Menerusi kenyataan pihak berkuasa, ibu bayi berkenaan merupakan warga Nigeria berusia 27 tahun, dia dilaporkan berbuat demikian ketika menaiki penerbangan dari Minsk, Belarus ke Washington DC.
Dia difahamkan membuang bayinya kerana tidak mahu terlepas penerbangan sambungannya.
Seorang jurucakap polis berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang menunggu sebelum dibawa ke hospital.
Wanita berkenaan dilaporkan mendakwa dia beranggapan anaknya mati selepas dilahirkan. –Agensi
The post Buang bayi baru lahir dalam tandas takut terlepas penerbangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan