Campur tangan Turki hanya mahu gulingkan Assad yang kejam, kata Erdogan
ANKARA, 30 Safar 1438H, Rabu – Tentera Turki berada di wilayah Syria adalah untuk menggulingkan pemerintahan Bashar al-Assad, kata Presidennya, Recep Tayyip Erdogan.
“Kami masuk ke Syria untuk menamatkan pemerintahan zalim al-Assad yang mencetuskan keganasan di wilayah itu. Kami tidak masuk atas sebab-sebab lain,” katanya.
Erdogan berkata, Ankara tidak mempunyai sebarang tuntutan wilayah di tanah Syria, sebaliknya sekadar menuntut keadilan terhadap negara bergolak itu.
“Mengapa kita campur tangan? Kami tidak menuntut apa-apa di Syria. Isu ini adalah untuk memberi tanah kepada pemiliknya yang sebenar.
“Oleh sebab itu kami berada di sana untuk mendapatkan keadilan,” katanya.
Beliau menganggarkan kira-kira sejuta orang di wilayah itu terbunuh sejak konflik tercetus.
“Dimana PBB? Apa tindakan mereka? Adakah ia di Iraq? Tidak. Kami bersabar tetapi tidak dapat bertahan dan akhirnya terpaksa memasuki Syria bersama dengan anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA),” katanya.
Malah Erdogan turut menyifatkan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tidak bertindak dengan berkesan terhadap keadaan semasa yang berlaku di Syria.
“Dunia adalah lebih besar daripada lima,” katanya merujuk bilangan peranan UNSC mengenai anggota tetap.- Agensi
The post Campur tangan Turki hanya mahu gulingkan Assad yang kejam, kata Erdogan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan