Dana organisasi asing untuk aktiviti politik NGO bahaya unttuk negara

ptj01_271015_kkmm

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Safar 1438H, Ahad – Membenarkan organisasi asing membiayai aktiviti ‘politik’ pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. 

Beliau berkata, ia sama seperti memberikan kebebasan kepada negara asing untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka di Malaysia yang juga negara berdaulat. 

“Membenarkan perbuatan seumpama itu, malah adalah lebih jahat dan bahaya apabila ia membabitkan dana daripada hartawan, George Soros yang agendanya adalah untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara. 

“Kita tidak mahu organisasi asing mempergunakan NGO tempatan sebagai platform untuk menjayakan agenda politik mereka, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi perhimpunan atau demonstrasi,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika ditemui pada akhir Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELMIN) ke-16 di sini, hari ini. 

Beliau berkata, dengan penyertaan atau pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dalam perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur baru-baru ini, jelas bahawa gerakan itu yang kononnya mahu memperjuangkan pembaharuan pilihan raya, mempunyai agenda politik. – Bernama

The post Dana organisasi asing untuk aktiviti politik NGO bahaya unttuk negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?