‘Datuk’ terlibat rasuah projek PBT direman empat hari

sprm_money_300

MELAKA, 29 Safar 1438H, Selasa – Seorang pegawai awam bergelar ‘Datuk’ ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah melibatkan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka, pada Selasa.

Pegawai lelaki berusia 55 tahun itu diperintah supaya ditahan reman selepas dia dibawa ke Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Syarina Shaarani @ Tan membenarkan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki itu selama empat hari bermula Selasa.

SPRM turut membekukan akaun bank milik suspek yang mengandungi wang jutaan ringgit, dipercayai diraih menerusi rasuah.

Pegawai awam itu ditahan SPRM kira-kira 2 petang semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki berkenaan yang berpakaian sut lengkap itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi anggota SPRM sebelum meninggalkan mahkamah hampir sejam kemudian.— Bernama

The post ‘Datuk’ terlibat rasuah projek PBT direman empat hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?