Donald Trump Presiden baharu Amerika Syarikat

5179

WASHINGTON, 9 Safar 1438H, RabuDonald Trump berjaya memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dengan keputusan yang cukup menggemparkan seluruh dunia.

Calon Republikan itu berjaya mengalahkan pesaingnya dari Parti Demokrat, Hillary Clinton dengan memenangi 276 undian berbanding Clinton yang hanya memperoleh sebanyak 218 undian.

Dalam perkembangan lain, Clinton pada mulanya tidak mengakui keputusan itu, namun kemudian beliau menghubungi Trump untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya.

Trump telah melepasi jangkaan dan berjaya menyanggah pendapat yang mana menjangkakan Clinton akan menang di Florida berikutan peningkatan undi Hispanik.

Trump memenangi negeri-negeri utama iaitu di Florida, North Carolina dan Ohio awal pagi ini.

Harapan Clinton untuk menang pudar sejurus sahaja Trump memenangi beberapa negeri utama berkenaan dan mengekalkan momentum itu.

Pemenang pilihan raya akan dilantik sebagai Presiden AS Ke-45 pada 20 Januari ini bagi menggantikan Barack Obama yang telah berkhidmat selama dua penggal di White House.Agensi

 

The post Donald Trump Presiden baharu Amerika Syarikat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?