Dun Pulau Pinang lulus RUU penternakan babi

afif-bahardin1-300713_620_411_100
GEORGETOWN, 26 Safar 1438H, Sabtu – Persidangan Dun Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-undang Perternakan Babi 2016, semalam.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

Beliau berkata, kaedah penternakan sekarang selain menyebabkan pencemaran alam sekitar, turut menimbulkan isu keselamatan penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang.

Sidang Dun yang berlangsung sejak 15 November lepas, kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sepanjang persidangan tujuh hari itu, 76 soalan lisan dan 634 soalan bertulis dikemukakan, manakala dua rang undang-undang serta dua usul tergempar diluluskan. – Bernama

The post Dun Pulau Pinang lulus RUU penternakan babi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?