Hampir 1,000 bangunan di Jeddah akan diroboh

jeddah

JEDDAH, 16 Safar 1438H, Rabu – Hampir 1,000 buah bangunan di Jeddah yang dalam keadaan usang akan dirobohkan pihak berkuasa negara itu.

Mengikut laporan teknikal jabatan kecemasan dan bencana perbandaran Jeddah, terdapat 2,897 jumlah bangunan lama di pelbagai daerah di Jeddah.

Bagaimanapun, 1,968 daripadanya boleh dibaiki manakala 929 lagi perlu dirobohkan sepenuhnya.

Sumber jabatan itu berkata, tindakan meroboh atau membaiki bangunan lama adalah sebahagian daripada projek melindungi nyawa dan harta benda penduduk.

“Projek ini bertujuan mengenal pasti semua bangunan di Jeddah yang sudah usang dan boleh runtuh pada bila-bila masa,” katanya.

Tahun lalu, kira-kira 22 bangunan dengan keluasan 37,785 meter persegi di selatan Jeddah dan lima di utara Jeddah dengan keluasan 28,335 meter persegi dirobohkan. – Agensi

The post Hampir 1,000 bangunan di Jeddah akan diroboh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?