Hari Keluarga Isma DHL – Sehari Bersama Seabad Terasa

1

Oleh Nurul Hajjar Atan

Putrajaya, 29 Nov- “Hari ini adalah hari untuk kita berseronok bersama dan bersyukur atas nikmat ukhwah yang Allah kurniakan kepada kita di jalan dakwah ini. Tetapi ia bukan bermakna kita melupakan kerja-kerja kita yang hakikatnya tidak akan habis sehingga nafas yang terakhir,” ujar Yang dipertua Ikatan  Muslimin Malaysia cawangan Daerah Hulu Langat (Isma DHL), Mohd Azib bin Asmangi,  pada Majlis penutupan Hari Keluarga yang diadakan baru-baru ini.

Ucapan perasmian penutup itu sekaligus menjadi saksi, berakhirnya Hari Keluarga Isma DHL yang diadakan di Taman Wetland, Putrajaya. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu dihadiri oleh lebih 350 ahli Isma seluruh cawangan Daerah Hulu Langat.

Bertemakan ‘Sehari bersama seabad terasa’, pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan. Antaranya, game war, lempar selipar, lempar sopan santun, galah panjang dan busana muslimah yang disertai oleh peserta wanita. Tidak ketinggalan, acara yang diceriakan oleh para peserta lelaki iaitu permainan tarik tali, tarik upih, boling padang dan banyak lagi.

Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi dalam acara perah span dan rebut kerusi. Terdapat juga aktiviti lain yang menyeronokkan buat kanak-kanak seperti giant bubble dan flying high helicopter.

Program yang tamat pada jam 2.30 petang itu, diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memenangi setiap acara yang dipertandingkan. Terdapat juga anugerah kategori kumpulan paling kreatif, kumpulan paling komited dan kumpulan terbaik kerjasama diakhir program sebagai anugerah kejutan buat para peserta.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?