Ikhwanul Muslimin tak akan berdamai dengan rejim al-Sisi

ibrahim-munir

KAHERAH, 21 Safar 1438H, Isnin – Ikhwanul Muslimin menolak sebarang perdamaian dengan rejim Presiden Abdel-Fattah al-Sisi, sebaliknya tetap mengiktiraf Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah.

“Tidak ada kompromi ke atas hak mereka yang mati syahid, cedera, tahanan yang perlu dibebaskan dan hak rakyat untuk memperoleh kehidupan yang baik,” kata kenyataan yang dikeluarkan Ikhwanul Muslimin, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Ibrahim Munir Mustafa berkata, pertubuhan itu sedia ‘mendengar sebarang cadangan’ daripada cerdik pandai, bagi mencapai perdamaian yang turut termasuk kes Morsi dan jenayah dilakukan perampas kuasa.

“Kami bersedia mendengar sebarang cadangan berhubung perdamaian,” kata Dr Ibrahim kepada Agensi Berita Anadolu.

Beliau bagaimanapun memberitahu stesen televisyen Watan yang pro Ikhwanul Muslimin, bahawa pertubuhan itu tidak akan berdamai dengan rejim al-Sisi.

Ikhwanul Muslimin – pertubuhan Islam tertua di Mesir – menjadi sasaran tindakan keras rejim al-Sisi sejak tentera merampas kuasa daripada Morsi, Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi dan pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Rejim al-Sisi kemudian mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas.

Sejak Morsi digulingkan, ribuan penyokong dan ahli Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dibicarakan. Sesetengahnya, termasuk Morsi, dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup. – Agensi

The post Ikhwanul Muslimin tak akan berdamai dengan rejim al-Sisi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?