Islam jadi hamba minoriti jika tak bersatu: Bekas Ketua Hakim Syarie

sheikhghazali

Oleh Siti Fatimah Ishak

PUTRAJAYA, 12 Safar 1438H, Sabtu – Bekas Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tan Sri Sheikh Ghazali Abd Rahman, hari ini mengingatkan umat Islam untuk terus bersatu demi mempertahankan agama di tanah air tercinta ini.

Meskipun istilah bersatu ini sering dilaung dan diperkatakan semua pihak, beliau yang kini Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, sehingga saat ini kesatuan yang diharapkan masih tidak terlaksana.

“Kita tengok orang Cina, depa (mereka) kalau ada masalah ekonomi misalnya, mereka akan bersatu.

“Sebab itu, orang Islam pun kena bersatu untuk jaga kepentingan agama. Kalau tidak, majoriti akan jadi hamba minoriti” katanya ketika berucap di Muzakarah Ulama Aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah dalam konteks Malaysia di sini, hari ini.

Mengambil contoh dalam isu Rang Undang-Undang pindaan Mahkamah Syariah (RUU355), Tan Sri Ghazali berkata, jika dahulu untuk pindaan seperti ini tidak membawa masalah.

“Siapa pun tak bangkang, lulus sahaja. Pindaan pada tahun 1984 akta yang sama, daripada denda RM400, kesalahan pertama 5 bulan penjara.

“Manakala RM600 bagi 6 bulan penjara jadi RM1,000 bagi kesalahan kedua dipinda pada tahun 1984. Tahun 1988 juga disemak. Masa tu semua sokong. Yang bukan Islam cukup daripada Sabah kerana majoriti orang Melayu dalam Parlimen.

“Tetapi selepas itu, semakin jatuh, hilang majoriti. Macam sekarang, PAS bawa macam ni, UMNO sokong sikit, PAN kata tak, PKR kata tak. Habislah. Nak buat macam mana? Sebab itu semua kena berbalik kepada asas, yakni orang Islam mesti bersatu,” katanya.

The post Islam jadi hamba minoriti jika tak bersatu: Bekas Ketua Hakim Syarie appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?