Israel denda 200 dolar masjid guna pembesar suara laung azan

lod

BETHELEHEM, 22 Safar 1438H, Selasa – Pihak berkuasa Israel mengenakan denda sebanyak 200 dolar ke atas sebuah masjid di bandar Al-Ludd, selatan Tel Aviv berikutan menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan.

Memetik laporan berita antarabangsa, denda yang dikenakan itu didakwa mengikut undang-undang Israel yang sedia.

Imam masjid berkenaan, Muhammad Al-Far berkata, ini kali pertama pihak berkuasa Israel mengenakan denda di masjid Al-Ludd dan menyifatkan tindakan itu adalah langkah yang sangat membimbangkan.

“Tidak syak lagi bahawa perbandaran Israel mengambil kesempatan dengan keadaan semasa,” kata Al-Far, merujuk kepada rang undang-undang baru-baru yang disokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu apabila mengharamkan penggunaan pembesar suara untuk melaungkan azan.

Mengulas lanjut, Al-Fahr berkata, denda itu dilihat sebagai usaha untuk menakut-nakutkan masyarakat.

Beliau bagaimanapun berkata, tindakan pihak berkuasa Israel itu tidak akan berjaya menakutkan bilal masjid itu dan menambah semua perkara boleh diselesaikan melalui rundingan serta dialog dan bukan secara kekerasan.

Sehubungan itu, beliau berkata, jawatankuasa tempatan akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan denda yang dikenakan serta membuat keputusan bagaimana cara untuk menangani kejadian itu. – Agensi

The post Israel denda 200 dolar masjid guna pembesar suara laung azan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?