Jamal baju merah, pengikut diremah empat hari

jolis

Peserta Baju Kuning yang hadir pada perhimpunan di ibu negara, hari ini.

KUALA LUMPUR, 19 Safar 1438H, Sabtu – Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama dua lagi pengikutnya ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah itu diperoleh di Mahkamah Majistret Ampang di sini. Majistret Mohd Izwan Mohd Noh turut mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap dua aktivis baju merah, Ariffin Abu Bakar serta Abdul Razak.

Penasihat Undang-undang Gerakan Merah, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, ketiga-tiga individu berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147/186/353 Kanun Keseksaan.

“Saya ingin memaklumkan pada 1.30 pagi tadi Datuk Seri Jamal ditahan oleh sepasukan polis IPK (Ibu Pejabat Kontinjen) Selangor berhubung insiden kekecohan di Ampang Point 13 November lalu.

“Dua lagi turut ditahan ialah aktivis gabungan NGO (Merah) Ariffin Abu Bakar dan Abdul Razak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. – Bernama

The post Jamal baju merah, pengikut diremah empat hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?