JPJ nafi khabar angin kenaikan LKM

852107828_62743_4326539574460427723

BANGI, 28 Safar 1438H, Isnin – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan khabar angin berhubung kenaikan kadar Lesen Kenderaan Motor (LKM) melibatkan semua jenis kenderaan 880cc ke atas bermula Januari tahun depan.

JPJ dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa maklumat yang tersebar di media sosial dan aplikasi Whatsapp kebelakangan ini adalah palsu.

“Jabatan memandang serius perkara itu kerana ia boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat awam,” kata kenyataan itu.

Menurut maklumat yang tersebar mendakwa, kementerian pengangkutan mengumumkan kenaikan kadar LKM melibatkan semua jenis kenderaan 880cc ke atas sebanyakk 25 peratus bermula tahun depan.

Malah maklumat itu turut mendakwa bahawa kenaikan LKM itu sekaligus menjadikan peningkatan harga bagi insuran kenderaan dengan kadar yang sama.

JPJ bagaimanapun menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat daripada media sosial, dan berhubung terus dengan pihak berkuasa.

The post JPJ nafi khabar angin kenaikan LKM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?