Jurutera ditahan dera anak teman wanita, bagi makan lipas goreng

deras

GEORGETOWN, 9 Safar 1438H, Selasa – Polis menahan seorang jurutera sebuah kilang bagi membantu siasatan berhubung kes seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang disyaki didera di Bukit Gambir, di sini.

Selain dipukul, kanak-kanak perempuan itu juga dikatakan dipaksa memakan lipas goreng dan hanya diberi makan nasi kosong dengan kicap.

Lelaki berusia 36 tahun yang juga teman lelaki kepada ibu kanak-kanak perempuan itu ditahan di Georgetown kira-kira jam 1 pagi tadi.

Kanak-kanak perempuan itu yang didapati lebam kedua-dua tangan, dada dan belakang badan, disyaki dipukul lelaki terbabit dengan pembaris kayu di rumah mereka sejak 1 November hingga 5 November lalu.

Sumber berkata, kejadian itu hanya disedari Isnin lalu setelah ibu kanak-kanak itu membawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Doktor yang merawat kanak-kanak itu membuat laporan polis, katanya di sini hari ini.

Sumber itu berkata, polis turut merampas pembaris kayu yang digunakan dalam kejadian itu dan suspek mendakwa bertindak demikian kerana kanak-kanak itu nakal dan suka bercakap bohong.

“Ibunya hanya melihat kejadian itu kerana beranggapan teman lelakinya mahu memberi pengajaran kepada anak kandungnya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata lelaki terbabit kini direman bagi membantu siasatan. – Bernama

The post Jurutera ditahan dera anak teman wanita, bagi makan lipas goreng appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?