Kadar caj wad kelas dua hanya naik 25 peratus, kata menteri

PETALING JAYA 01 NOVEMBER 2016. Deputy Minister of Health, Datuk Sri Dr. Hilmi Yahaya. NSTP/SADDAM YUSOFF

BALIK PULAU, 18 Safar 1438H, Jumaat –Kementerian Kesihatan memaklumkan kadar caj bagi wad kelas kedua di hospital kerajaan hanya akan naik 25 peratus sahaja pada tahun depan, bukannya 50 peratus seperti yang dilaporkan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kali terakhir kadar itu dinaikkan adalah 34 tahun lalu.

“Tiada isu langsung di sini dan ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada pesakit berpendapatan rendah atau sederhana kerana kadar caj kelas ketiga masih kekal dan kelas kedua hanya naik beberapa ringgit sahaja,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan ini akan dilaksanakan di semua hospital kerajaan seluruh negara bermula 1 Januari depan.

Minggu lalu, media melaporkan pihaknya dijangka menaikkan caj wad dan rawatan semua hospital kerajaan sehingga 50 peratus.

Kenaikan tersebut didakwa turut membabitkan perkhidmatan wad untuk kelas satu dan dua di hospital kerajaan.

Kenaikan itu akan membabitkan semua jenis rawatan untuk warganegara, seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.

The post Kadar caj wad kelas dua hanya naik 25 peratus, kata menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?