KDN tidak kompromi kes PGA guna dokumen palsu beli perabot

gambar-timbalan-perdana-menteri-malaysia-ahmad-zahid-hamidi

KUALA LUMPUR, 17 Safar 1438H, Khamis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak terlibat dengan kes pembayaran tidak wajar dan penggunaan dokumen palsu dalam perolehan perabot projek pembinaan semula Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam, Johor.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim untuk mengambil tindakan lanjut terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Saya berpendirian jika terdapat tatacara pembelian yang tidak diikuti, maka tindakan hendaklah dilakukan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam berhubung pembayaran tidak wajar dan penggunaan dokumen palsu dalam pengurusan perolehan perabot berkaitan projek pembinaan semula kem itu.

PAC turut mengesyorkan supaya KDN atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan tindakan tatatertib atau surcaj terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam pengurusan perolehan itu serta menyebabkan berlakunya pembayaran tidak wajar.

Zahid berkata, Bahagian Perolehan PDRM juga perlu mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan perkara itu tidak berulang. – Bernama

The post KDN tidak kompromi kes PGA guna dokumen palsu beli perabot appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian