Kementerian Kesihatan siasat kes culik bayi di Hospital Tanah Merah

datuk-seri-dr-s-subramaniam-new

PUTRAJAYA, 16 Safar 1438H, Rabu – Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan terperinci bagi menyiasat kes seorang bayi perempuan berusia lima hari yang diculik dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah, Kelantan, malam tadi.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di mana-mana hospital memandangkan setiap wad dikawal dengan tahap sekuriti yang tinggi.

“Kita ada prosedur dan sistem keselamatan untuk bawa keluar bayi yang sesiapa pun tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kebenaran untuk bayi dibawa keluar.

“Ini bagi memastikan keselamatan bayi di wad terjamin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Minggu Kesedaran Antibiotik Kebangsaan 2016 di Hospital Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, bapa kepada bayi itu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, menyedari kehilangan anaknya pada pukul 9 malam selepas beliau datang ke hospital untuk melihat anak keduanya itu yang lahir pada Khamis lalu.

Susulan itu, polis telah menahan sepasang suami isteri yang berusia lingkungan 30-an, di sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh, kira-kira jam 10 malam tadi

The post Kementerian Kesihatan siasat kes culik bayi di Hospital Tanah Merah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?