Keputusan kekal atau mansuh UPSR diumum tahun depan
KUALA LUMPUR, 22 Safar 1438H, Selasa – Keputusan mengekal atau memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya akan dimuktamadkan pada tahun hadapan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata, ini berikutan pihaknya perlu mempertimbangkan beberapa faktor termasuk pengurusan sekolah di luar negara, selain pandangan ahli akademik dan agensi berkaitan.
“Kita masih mengkaji perkara ini kerana penilaian institusi pendidikan di negara membangun lebih bersandarkan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).
“Ia bukan sekadar mengambil kira kecemerlangan akademik dan berapa A diraih murid, sebaliknya menitikberatkan penilaian sahsiah dan kemahiran insaniah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
The post Keputusan kekal atau mansuh UPSR diumum tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan