Keputusan UPSR diumum 17 November
BANGI, 9 Safar 1438H, Rabu – Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 akan diumumkan pada 17 November ini.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka pada jam 10 pagi di sekolah masing-masing.
Calon juga boleh membuat semakan melalui perkhidmatan SMS dengan menaip UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888.
Tahun ini, seramai 452,721 calon menduduki UPSR di seluruh negara yang bermula dari 1 September sehingga 8 September lalu.
Daripada jumlah itu, seramai 443,677 calon membabitkan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,044 calon lagi daripada sekolah swasta.
The post Keputusan UPSR diumum 17 November appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan