Kerajaan mesti utamakan penyelesaian maksiat: Timbalan Mufti Perak

ustzzamri

Oleh Siti Fatimah Ishak

PUTRAJAYA, 12 Safar 1438H, Sabtu – Kerajaan digesa memberi keutamaan dalam menyelesaikan masalah kemaksiatan, membabitkan pentadbiran dan masyarakat Islam di negara ini.

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, masalah kemungkaran yang berlaku dalam negara adalah lebih utama untuk diselesaikan .

Katanya, kerajaan perlu mengimbangi laporan indeks syariah (maslahah), dengan membentangkan juga laporan kemaksiatan dan kemungkaran yang sedang berlaku dalam negara, pada semua item yang diukur (mafsadah).

“Dalam perbahasan maqasid syariah, menolak mafsadah mesti lebih diutamakan daripada menarik maslahah,” katanya selepas menghadiri Muzakarah Ulama Aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Malaysia di sini,hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran muzakarah ini Ustaz Zamri berkata, lazimnya ia akan menawarkan solusi yang mempunyai ciri wasatiyyah dengan maknanya yang sebenar.

Katanya, ini adalah paksi syarak yang amat kukuh yang menjadi dasar kepada siyasah syar’iyyah itu sendiri dan bukan terserah kepada ijtihad aqli semata-mata, tanpa sandaran syarak.

“Kita tidak mahu pentadbiran negara dan masyarakat menggunakan pendekatan maqasid syar’iyyah dengan tafsiran tersendiri.

“Yang mana mereka menafsirkan aplikasinya mengikut kepentingan masing-masing. Jadi, muzakarah ini muncul dengan pemahaman agar maqasid syariah yang tulen diambil daripada kesimpulan ulama, serta bersih daripada kepentingan kelompok,” katanya.

The post Kerajaan mesti utamakan penyelesaian maksiat: Timbalan Mufti Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?