Kerjasama tiga agensi kawal perairan Sabah

datuk-wan-abdul-bari-wan-abdul-khalid

KUALA LUMPUR, 8 Safar 1438H, Selasa – Komander ESSCom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menyifatkan tugas menjaga keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) diagihkan kepada tiga agensi yang diselaraskan untuk menjamin keselamatan perairan Sabah.

Beliau berkata, tiga agensi keselamatan yang ditugaskan ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Ketiga-tiga agensi ini secara langsung telah bekerjasama dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) serta Polis Diraja Malaysia (PRDM) bagi membanteras kegiatan jenayah di perairan itu.

“Tugas menjaga keselamatan perairan itu daripada sebarang ancaman pengganas telah dijalankan oleh ketiga-tiga agensi berkenaan dan soal ATM mengambil alih tugas menjaga kawasan ESSCom adalah tidak benar.

“Pasukan ESSCom hanya sebuah sekretariat yang mengkoordinasikan operasi dan menyelaraskan penugasan kawalan keselamatan perairan Sabah,” katanya.

Terdahulu, Persatuan Nelayan di Sabah meminta kerajaan untuk menyerahkan tugas ESSCom kepada TLDM kerana dilihat tidak mampu mengatasi masalah ini berikutan ramai nelayan telah diculik dan di rompak di laut

“Apa yang saya lihat nelayan yang membuat dakwaan sedemikian tidak faham tugas sebenar ESSCom,” katanya.

The post Kerjasama tiga agensi kawal perairan Sabah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?