Kesatuan Eropah beku aset 17 menteri, Gabenor Bank rejim Assad

eu-leader

BRUSSELS, 15 Safar 1438H, Selasa – Kesatuan Eropah (EU) menyenarai hitam 17 Menteri Syria termasuk gabenor bank pusat dalam rejim Presiden Bashar al-Assad, berikutan rekod kekejaman mereka melakukan serangan terhadap orang awam.

EU dalam satu kenyataan berkata, mereka yag disenarai hitam berdepan larangan perjalanan dan pembekuan aset/

Ini kerana mereka perlu bertanggungjawab atas penindasan, keganasan ke atas orang awam di Syria selain mendapat manfaat dengan menyokong rejim Assad.

Keputusan itu dibuat selepas pemimpin EU bersetuju dalam satu sidang kemuncak Oktober lalu untuk meningkatkan sekatan ke atas rejim Assad, susulan serangan yang memusnahkan di Aleppo.

Bagaiamanapun, cadangan untuk menyekat Russia yang sekian lama menyokong Assad, tidak diteruskan kerana perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin EU. – Agensi

The post Kesatuan Eropah beku aset 17 menteri, Gabenor Bank rejim Assad appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?