KL Summit siri ketiga bermula hari ini di Sudan

photo_2016-11-17_15-48-06

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 17 Safar 1438H, Khamis – Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianjurkan buat kali ketiga bermula hari ini hingga Sabtu.

Lebih menarik KL Summit kali ini diadakan di Khartoum, Sudan dengan menampilkan delegasi di kalangan pemimpin negara, ahli politik dan pemikir Islam dari lebih 21 buah negara

Persidangan ini mengetengahkan tajuk ‘Tadbir Urus Yang Baik dan Peranannya kepada Kemajuan Tamadun’.

Sidang kemuncak ini dalah anjuran bersama Yayasan Persahabatan Malaysia-Arab-Turki (MTAEF) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

KL Summit siri ketiga ini adalah lanjutan persiadangan kedua yang mengetengahkan tajuk ‘Peranan Demokrasi dan Kebebasan dalam Mengekalkan Keamanan dan Pembangunan Negara’.

Delegasi meneliti pengalaman Arab Spring dan masa depannya, berkongsi pengalaman beberapa buah negara dalam memanfaatkan demokrasi untuk menjamin kesejahteraan dan pembangunan.

Manakala persidangan pertama turut menghimpunkan tokoh, pemikir dan intelektual Islam untuk berbincang dan mencari formula bagi membangunkan negara-negara Islam dan mengatasi cabaran yang dihadapi.

Persidangan ini adalah cetusan idea Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

The post KL Summit siri ketiga bermula hari ini di Sudan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian