KPDNKK buat laporan minta pihak viral harga LPG naik dikenakan tindakan
PUTRAJAYA, 16 Safar 1438H – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat laporan polis meminta pihak yang menviralkan harga gas petroleum cecair (LPG) dinaikkan RM7 satu tong dikenakan tindakan tegas.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain pihaknya, empat badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pengguna di Lembah Klang dan Pulau Pinang turut membuat laporan yang sama.
“Kita minta supaya polis menjalankan siasatan mencari pihak atau kumpulan tidak bertanggungjawab ini.
“Tindakan kumpulan ini tidak lain hanya cuba menghuru-harakan rakyat, menimbulkan keadaan panik dengan cerita seperti ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KPDNKK di sini hari ini.
Baru-baru ini tersebar laporan mengatakan harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan RM7 satu tong mulai tahun depan.
Bagaimanapu KPDNKK menafikan dakwaan yang disebarkan itu, yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna.
The post KPDNKK buat laporan minta pihak viral harga LPG naik dikenakan tindakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan