KPDNKK Kelantan periksa 50 premis sehari atasi kekurangan minyak masak

datuk-ab-ghani-harun

PASIR MAS, 15 Safar 1438H, Selasa — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menetapkan sekurang-kurangnya 50 premis perniagaan diperiksa di setiap jajahan di negeri ini setiap hari bagi menangani isu berkaitan bekalan minyak masak kepada pengguna.

Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun berkata, menerusi pemeriksaan itu, mana-mana premis perniagaan yang tidak mempunyai bekalan minyak masak akan dibantu untuk mendapatkan bekalan berkenaan daripada pemborong tempatan.

“Di premis yang diperiksa, kalau didapati tiada bekalan minyak masak (terutama paket satu kilogram) di kedai mereka, kami akan sokong dengan pemborong-pemborong tempatan, bermakna di sini kami ada kru dan susulan.

“Kami jangka masalah kekurangan bekalan minyak masak di pasaran akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Pasir Mas di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi pemeriksaan itu akan terus dilakukan sehingga pengguna berpuas hati dan bekalan minyak masak mencukupi di pasaran.

Mengulas aktiviti penyeludupan barang terkawal itu di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini, beliau berkata KPDNKK Kelantan mewujudkan beberapa ‘kedai angkat’ terutama di kawasan Rantau Panjang di Pasir Mas dan Tumpat.

Ab Ghani berkata, menerusi langkah itu, pihaknya akan memberi sokongan kepada peniaga terutama berkaitan bekalan minyak masak berpaket satu kilogram untuk dibekalkan kepada pengguna.

“Kedai angkat ini akan kami bekalkan 50 kotak minyak dan bila habis bekalan itu, mereka akan telefon pejabat (KDPNKK) dan kami akan hantar bekalan minyak masak lagi kepada mereka.

“Menerusi kaedah ini, tidak akan berlaku penyelewengan bekalan minyak masak kerana ia dipantau secara terus oleh KPDNKK Kelantan,” katanya.  — Bernama

The post KPDNKK Kelantan periksa 50 premis sehari atasi kekurangan minyak masak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?