KPM lapor polis viral palsu sekolah disaman RM20 juta
KUALA LUMPUR, 12 Safar 1438H, Sabtu – Seorang kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat laporan polis berhubung viral palsu disiarkan menerusi pengubahsuaian muka depan akhbar Harian Metro mengenai isu pelajar dihukum duduk atas jalan disebabkan hadir lewat ke sekolah.
Dalam laporannya menyebut, viral palsu dengan tajuk “SMK TTDI disaman RM 20 juta – Punggungku Lenguh Ibu!’ yang merujuk kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail, diterima menerusi satu kumpulan WhatasApp.
Susulan itu, hasil penelitian mendapati, tarikh penerbitan akhbar berkenaan adalah pada 24 Ogos 2022 yang dipercayai dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Pihak KPM mengarahkan polis untuk segera mengesan individu yang memalsukan dan menyebarkan laporan akhbar berkenaan yang berbaur fitnah dengan mengaitkan nama baik KPM, mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Tujuan laporan dibuat adalah untuk memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perbuatan itu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kes itu akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berikutan pengubahsuaian muka hadapan akhbar Harian Metro dan menyebarkannya di media sosial sehingga menjadi viral.
The post KPM lapor polis viral palsu sekolah disaman RM20 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan