Lapan suspek rompak MT Orkim Harmony didakwa hari ini

fw401379_ph01_200615_mt_ork

SENAI, 27 Safar 1438H, Ahad – Lapan suspek warga Indonesia yang disyaki merompak kapal tangki MT Orkim Harmony pada Jun tahun lalu tiba di Senai Business Aviation Terminal, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pagi tadi.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim, Datuk Seri Ahmad Puzi Ab kahar berkata, semua suspek yang berusia antara 21 hingga 63 tahun itu dibawa ke Malaysia selepas diekstradisi dari Vietnam untuk menghadapi pertuduhan di negara ini.

Urusan membawa pulang lapan suspek berkenaan berjalan lancar dan berlepas dari Hanoi kira-kira jam 1.30 pagi, hari ini dan dikawal ketat membabitkan 40 anggota dan pegawai APMM termasuk skuad elit agensi itu.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi bagi proses pendakwaan, kita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi proses ekstradisi warga Indonesia berkenaan.

“Ini adalah proses ekstradisi pertama yang dijalankan APMM dan ia turut melibatkan warga asing dan ia berjalan dengan lancar dengan kerjasama pihak berkuasa beberapa  negara jiran dan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, kapal MT Orkim Harmony itu dilaporkan hilang bersama 22 anak kapal, termasuk 16 rakyat Malaysia di lokasi terakhir, lebih kurang 23.5 batu nautika Timur Laut Tanjung Sedili, Johor pada kira-kira 7 pagi.

Ketika kejadian, kapal tersebut dalam pelayaran dari Melaka ke Kuantan dengan membawa muatan minyak petrol Ron 95 seberat 5,879 metrik tan.

The post Lapan suspek rompak MT Orkim Harmony didakwa hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?