Laung azan dalam Parlimen Israel

baitul-maqdis

TEL AVIV, 18 Safar 1438H, Jumaat – Seorang Ahli Parlimen Israel berketurunan Arab bertindak melaungkan azan ketika dewan bersidang bagi membantah satu rang undang-undang yang mengehadkan laungan untuk umat Islam di masjid seluruh Palestin.

Ahli Parlimen berkenaan, berkata, beliau bertindak demikian kerana membantah rang undang-undang Israel yang mahu mengharamkan masjid-masjid di Baitulmaqdis Timur dan komuniti Arab di Israel daripada menggunakan pembesar suara ketika melaungkan azan.

“Undang-undang ini menggambar fahaman fasis yang semakin berkembang dalam masyarakat Israel,” katanya.

Tibi berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu adalah dalang di sebalik rang undang-undang kontroversi itu.

“Penduduk Palestin dan Islam di seluruh dunia mesti berusaha untuk menggagalkan keputusan Israel untuk mengehadkan azan itu,” katanya.

Ini susulan Netanyahu minggu lalu mendakwa rang undang-undang itu mendapat sokongan meluas ketika penduduk Palestin membantah langkah yang dianggap pencabulan kebebasan kepada penduduk Palestin untuk beribadah.

Sabtu lalu, Jawatankuasa Perundangan Kementerian Israel meluluskan rang undang-undang anti-azan untuk diluluskan di Knesset yang memerlukannya diundi sebanyak tiga pusingan sebelum dikuat kuasakan sebagai undang-undang. -Agensi

The post Laung azan dalam Parlimen Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?