Lebih 150 doktor pakar kerajaan letak jawatan setiap tahun
KUALA LUMPUR, 7 Safar 1438H, Isnin – Lebih 150 doktor pakar yang berkhidmat di hospital kerajaan meletakkan jawatan setiap tahun dengan berhijrah ke pusat perubatan swasta.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, majoritinya adalah doktor pakar dari gred U23 dan U24 bagi tempoh lima hingga 10 tahun ke atas telah direkodkan sejak enam tahun lalu.
Katanya, seramai 128 doktor pakar telah meletakkan jawatan pada September ini, manakala pada tahun lalu seramai 124 orang telah direkodkan.
Peletakan jawatan yang berlaku dalam bidang kedoktoran ini adalah kerana mereka tidak dinaikkan pangkat ke peringkat Jusa dalam tempoh lima atau lebih 10 tahun berkhidmat di sesebuah hospital.
“Kebanyakan doktor pakar pada gred U53 dan U54 meletakkan jawatan ekoran masalah kenaikan pangkat bagi tahun ini,” katanya.
The post Lebih 150 doktor pakar kerajaan letak jawatan setiap tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan