Mahkamah ubah hukuman mati terhadap Mursi

morsi

KAHERAH, 16 Safar 1438H, Rabu – Sebuah mahkamah Mesir, semalam, mengubah hukuman mati dijatuhkan ke atas bekas Presiden yang dipilih secara demokrasi, Mohammed Mursi, dan mengarahkan perbicaraan semula diadakan.

Mursi dijatuhi hukuman mati pada Jun tahun lalu selepas disabitkan dengan tuduhan melarikan diri dari penjara pada 2011.

Beliau yang juga pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir dilantik sebagai Presiden Mesir selepas menang pilihan raya pada 2011, tetapi digulingkan oleh Jeneral Abdel Fattah el-Sisi, menerusi bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya.

Mursi yang ditangkap sejurus rampasan kuasa itu didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara terhadap beberapa lagi tuduhan.

Keputusan semalam, bermakna beliau tidak lagi berdepan hukuman mati. – Agensi

The post Mahkamah ubah hukuman mati terhadap Mursi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?