Majlis Peguam tonjol sikap tidak berwibawa terima dana dari organisasi penyangak mata wang

evil-1200x630

KUALA LUMPUR, 8 Safar 1438H, Selasa – Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abd Manap berkata, tindakan Majlis Peguam yang sanggup menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) jelas menunjukkan badan itu semakin hilang kewibawaannya.

Meskipun umum mengetahui organisasi itu diasaskan oleh penyangak mata wang, George Soros, perbuatan Majlis Peguam itu jelas tidak beretika serta menonjolkan sikap pihak berkenaan yang ‘acuh tak acuh’ dengan mengeluarkan kenyataan mengenai penerimaan dana itu.

Malah katanya, tindakan Majlis Peguam itu juga mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian negara.

“Walaupun Majlis Peguam mengetahui sumber dana itu tidak baik dan masih mahu menggunakannya menunjukkan mereka tidak mempunyai etika. Mereka menuding jari seolah-olah orang lain membuat kesalahan tetapi apa yang dilakukan badan itu juga hampir sama.

“Kononnya memperjuangkan integriti namun Majlis Peguam meletakkan prinsip itu pada kedudukan bawah. Ibarat ludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. Kalau benar Majlis Peguam berwibawa, mereka sepatutnya menolak dana berkenaan,” katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Sementara itu, ahli Majlis Sekretariat NGO Bersekutu Malaysia, Muhammad Zhafirin Mat Yusof pula mendakwa kemasukan dana OSF kepada Majlis Peguam Negara bagi menjalankan penyelidikan berhubung pekerja asing di Malaysia adalah alasan semata-mata.

“Kami tidak bersetuju dengan tindakan Majlis Peguam yang menerima dana asing itu, kita lihat Soros merupakan seorang tokoh Yahudi yang telah banyak memusnahkan negara-negara Islam di luar melalui pelbagai cara.

“Kebimbangan dana tersebut berkemungkinan bertujuan untuk menaja mana-mana badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh bekerjasama dengan pihak tertentu bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dan untuk menghuru-harakan negara ini,” katanya.

Semalam, Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru pada majlis perasmian bangunan baharu Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan di Jalan Tok Guru, Kota Bharu berkata, badan itu tidak kisah walaupun menerima dana daripada OSF.

The post Majlis Peguam tonjol sikap tidak berwibawa terima dana dari organisasi penyangak mata wang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?