Malaysia kutuk konflik di Myanmar

194312_orig

BANGI, 25 Safar 1438H, Jumaat – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya konflik keganasan yang melanda wilayah utara Rakhine sejak beberapa bulan lalu yang menyebabkan ramai yang terkorban selain kehilangan tempat tinggal.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan, menyeru semua pihak terbabit dalam keganasan berkenaan supaya berhenti mengambil tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan.

“Malaysia juga menyeru kerajaan Myanmar untuk mengambil langkah menangani penghapusan etnik yang didakwa sedang berlaku di utara Rakhine,” katanya, hari ini.

Selain itu, kenyataan itu turut menyatakan bahawa Duta Myanmar akan dipanggil untuk menyampaikan kebimbangkan kerajaan Malaysia terhadap isu berkenaan.

Kata kenyataan itu lagi, Menteri Luar Negeri, Anifah Aman akan bertemu dengan Menteri Luar Negeri dan kaunselor kerajaan Myanmar Aung San Suu Kyi secepat mungkin.

The post Malaysia kutuk konflik di Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?