Malaysia mesti kekal, perkukuh di bawah pemerintah Islam

sarifudin

Oleh Siti Fatimah Ishak

PUTRAJAYA, 12 Safar 1438H, Sabtu – Pemerintahan Islam perlu dikekal dan diperkuatkan demi memastikan syiar Islam terus dimartabatkan di negara ini.

Bekas Pengerusi Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Sharipuddin Ab Kadir berkata, gesaan itu perlu dititikberatkan pemimpin muslim, khususnya supaya penyatuan umat dalam menjaga siyadah dan syaukah berada di tangan orang Islam.

“Kepimpinan negara perlu dijaga dan dipertahankan kerana aspek lain seperti ekonomi pendidikan dan perkara lain banyak bergantung kepada kekuatan kepimpinan Islam. Pertembungan kita sekarang menentukan kedudukan agama dan bangsa di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Muzakarah Ulama: Aplikasi Maqasid Siyasah Syar’iyyah dalam konteks Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Mengulas mengenai rentak politik ketika ini Ustaz Sharipuddin berkata, nampak agak mustahil untuk berlaku penyatuan beberapa parti demi Islam.

Namun katanya, sekiranya ada selepas ini beliau sangat mengharapkan agar kerjasama yang dibentuk demi Islam keseluruhannya.

“Pemuafakatan hendaklah bertujuan untuk pengukuhan kedudukan agama dan bangsa. Ingat ia bukan untuk politik individu mahupun kumpulan,” katanya.

The post Malaysia mesti kekal, perkukuh di bawah pemerintah Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?