Muhyiddin hadir ke Bukit Aman beri keterangan

852110647_47136_2586342520864402043

BANGI, 15 Safar 1438H, Selasa – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan hadir ke Bukit Aman hari ini bagi memberikan keterangan berhubung kenyataannya ketika berucap di Parlimen.

Memetik laporan Berita Harian, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diambil keterangan selama lebih sejam bermula 10.15 pagi hingga 11.50 pagi tadi.

Beliau turut ditemani dua peguam serta isterinya, Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Muhyiddin sebelum ini dimaklumkan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dua minggu lalu, berhubung siasatan keatasnya.

Ia berikutan ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu pada sesi perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat didakwa mendedahkan rahsia kerajaan ekoran menyentuh dan mempersoalkan isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan dijalankan mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Selain Muhyiddin, turut disiasat atas dakwaan sama Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.

The post Muhyiddin hadir ke Bukit Aman beri keterangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?