Mursyidul Am PAS ajak ahli politik Islam bersatu, lupakan kepentingan sempit

31527-img

BANGI, 10 Safar 1438H, Khamis – Tidak kira sama ada menganggotai parti rasis dan cauvinis DAP atau dalam PAS, UMNO, PKR, PAN mahupun BERSATU, ahli politik Islam diajak bersatu dan melupakan kepentingan sempit demi memperkukuh dan memperkuatkan umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu, Mursyidul Am PAS, Ustaz Hashim Jasin, juga mengajak semua pihak mengetepikan dahulu semangat kebangsaan dan ideologi politik, sebaliknya kembali kepada Islam atas dasar iman, yang mana umatnya diperintahkan supaya bersatu dan dilarang daripada berpecah-belah.

Beliau berkata, kerjasama politik atau tahaluf siyasi adalah ruang yang sangat terbuka untuk semua orang, tetapi ia mestilah didasarkan atas nama Islam dan dipimpin oleh Islam.

“Umat Islam hari ini ada dalam Umno, PKR, Bersatu, PAN, DAP dan lain-lain. Kita memperkatakan tentang kerjasama dan perpaduan. Tetapi mengapa umat Islam tidak mahu menjadikan Islam sebagai asas penyatuan mereka?

“Jika kita bersedia memilih Islam sebagai alat menyatukan kita, sudah pasti umat Islam boleh menjadi kuat dan kukuh. Orang Islam dalam PAS, Umno, PKR, Bersatu, hatta DAP dan PAN juga sewajarnya bersatu hati atas nama Islam, dan melupakan semua kepentingan sempit.

“Kita kembalilah kepada Islam yang sebenar dan kita binakan kekuatan melalui perpaduan atas nama Islam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ustaz Hashim berkata, Islam menyeru kepada perpaduan semua manusia atas semangat taaruf, sedangkan Islam memerintahkan orang yang beriman bersatu atas dasar akidah (hablillah).

“Telah lama kita dipisahkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah. Perbezaan sedia ada tidak menjadi halangan kerana kita mempunyai ‘penawar’ yang menyatukan iaitu Islam.

“PAS telah mendukung Islam sebagai cara hidup yang syumul meliputi soal politik, ekonomi dan sosial. Islam yang diperjuangkan oleh PAS bukan hanya ibadat dan ritual semata-mata, tetapi sebagai sistem hidup,” katanya.

The post Mursyidul Am PAS ajak ahli politik Islam bersatu, lupakan kepentingan sempit appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?