Najib berjoget, nyanyi bersama Presiden Filipina
BANGI, 11 Safar 1438H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat mesra bersama Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dengan berduet menyanyikan lagu ‘Sha la la’ dalam sebuah majlis di ibu negara, malam tadi.
Duterte kelihatan bersahaja menyanyikan lagu itu manakala Najib tampak lebih menghayati apabila menyanyi sambil berjoget dan tersenyum.
Kemesraan mereka dirakam dan dimuat naik media ABS-CBN News di Twitter.
Malah, turut berkongsi pentas ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.
The post Najib berjoget, nyanyi bersama Presiden Filipina appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan