NGO Islam berkumpul desak Ahli Parlimen sokong RUU 355
Oleh Siti Fatimah Ishak
KUALA LUMPUR, 24 Safar 1438H, Khamis – ‘Ya Allah semoga Ahli Parlimen kami menyokong RUU 355’, itu harapan seluruh umat Islam kepada Ahli Parlimen yang akan memberi maklum balas kepada usul pindaan Mahkamah Syariah hari ini dalam sidang Dewan Rakyat.
Dalam himpunan yang dianjurkan Sekretariat Ummat Menyokong Memperkasakan Akta 355 (Ummat) pagi tadi, ratusan umat Islam hadir sebagai usaha untuk menggesa ahli Dewan Rakyat menyokong usul berkenaan
Laungan zikir, tahmid bergema sepanjang jalan masuk ke bangunan Parlimen dan rata-ratanya hadir sewal jam 7 pagi tadi.
Membawa sepanduk ‘Satu Ummah menyokong pindaan Akta 355, Kami menyokong pindaan Akta 355’ semua berhasrat agar Rang Undang-Undang yang dibentangkan mendapat persetujuan ramai.
Hari ini difahamkan usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dibentangkan susulan perjumpaan dan taklimat khas berkaitan RUU itu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bangunan Parlimen, kelmarin.
RUU itu antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada, iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas umat Islam dan dalam kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-undang Persekutuan.
Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen disebutkan, selain hukuman mati.
The post NGO Islam berkumpul desak Ahli Parlimen sokong RUU 355 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan