PAS nekad tak hadir konvensyen pembangkang Sabtu ini

image-2

KUALA LUMPUR, 9 Safar 1438H, Rabu – PAS bertegas dengan pendiriannya untuk tidak menghadiri konvensyen pertama pakatan harapan yang diadakan di Shah Alam, Sabtu ini.

Menerusi kenyataan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sin Chew Jit Poh katanya, PAS tidak akan berganjak dengan keputusan mereka.

Seperti yang dinyatakan, PAS tidak akan bekerjasama lagi dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Justeru, tidak ada sebab wakil PAS perlu menghadiri konvensyen tersebut yang turut disertai kedua-dua parti itu.

Difahamkan, kemuncak konvensyen pakatan harapan adalah perjanjian antara parti-parti pembangkang dan Bersatu bagi mewujudkan satu bentuk kerjasama untuk mencapai strategi satu lawan satu dengan BN pada PRU akan datang.

Menurut akhbar itu, Ketua Setiausaha Sekretariat pakatan harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini menyatakan, konvensyen kali pertama dianjurkan pakatan harapan itu akan menjemput PAS dan Bersatu.

The post PAS nekad tak hadir konvensyen pembangkang Sabtu ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?