Pekerja Indonesia tertinggi di Malaysia
KUALA LUMPUR, 10 Safar 1438H, Khamis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, seramai 1.85 juta pekerja asing di negara ini memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah dan aktif, setakat 30 September lalu.
Daripada jumlah itu, kementerian itu berkata, Indonesia mencatat jumlah PLKS tertinggi iaitu seramai 749,266 pekerja, diikuti Nepal (411,364 pekerja) dan Bangladesh, 237,991 pekerja.
“Jumlah itu mewakili pekerja asing yang digaji secara sah dan dikeluarkan PLKS oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
“Penggajian pekerja asing adalah langkah sementara untuk menampung kekosongan jawatan.
“Selain itu, selepas tamat tempoh penggajian, pekerja asing ini dikehendaki balik ke negara masing-masing,” kata kementerian itu bagi menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat.
Dalam pertanyaannya, Lim meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan dasar pengambilan pekerja asing, bilangan pekerja asing yang berada di Malaysia mengikut negara asal serta caj-caj yang dikenakan.
Beliau berkata, kerajaan pada 19 Februari lalu memutuskan untuk menangguhkan semua permohonan pengambilan pekerja asing baharu termasuk warga Bangladesh sehingga kerajaan berpuas hati dengan keperluan sebenar pihak industri.
The post Pekerja Indonesia tertinggi di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan