Pelajar Sri Al-Amin Bangi dikhuatiri hilang, tidak pulang selepas keluar dari sekolah
BANGI, 15 Safar 1438H, Selasa – Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi berusia 13 tahun dipercayai hilang selepas keluar dari perkarangan sekolahnya pada jam 3.51 petang, hari ini.
Abangnya, Juahari Nazar berkata, melalui pemantauan rakaman CCTV, adiknya Aliaa Syafiqah Nazar dilihat berada di sekolah seawal jam 5.50 pagi.
Katanya, Aliaa memakai baju t-shirt berwarna salmon dan mengenakan tudung berwarna oren serta mengenakan purdah berwarna krim.
Juahari memaklumkan bahawa Aliaa sebelum ini tidak pernah berpurdah dan hanya bertudung labuh sahaja.
“Gurunya memaklumkan, beliau ternampak Aliaa di surau pada jam 7.15 pagi. Dia pergi ke sekolah, jumpa kawan-kawannya beritahu dia nak tukar sekolah.
“Dia ambil barang-barangnya dan keluar sekolah pada jam 3.51 petang.
“Bagaimanapun, dia tidak pulang ke rumah dan telefon bimbit dia juga tidak dapat dihubungi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.
Orang ramai yang menemui atau mempunyai maklumat berhubung gadis itu diminta supaya segera menghubungi Juahari di talian 0186624450.
The post Pelajar Sri Al-Amin Bangi dikhuatiri hilang, tidak pulang selepas keluar dari sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan