Penentuan harga minyak masak botol: KPDNKK tunggu maklum balas pengilang

Datuk-Hamzah-Zainuddin

BANGI, 20 Safar 1438H, Ahad – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memuktamadkan penentuan harga minyak masak botol selepas menerima maklum balas daripada pengilang.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penentuan itu berdasarkan kualiti botol dan harga terendah yang ditawarkan oleh mana-mana pembekal di negara ini.

Katanya, ia adalah komitmen kerajaan bagi memastikan rakyat mampu membeli minyak masak botol pada harga yang berpatutan dan selaras dengan hasrat menyalurkan subsidi kepada golongan sasar serta mengurangkan bebanan rakyat.

“Biar saya umumkan bila semua sudah siap kerana pada waktu sama, kita masih buat kajian untuk tengok sama ada rakyat sanggup atau tidak membayar harga botol berkenaan.

“Perlu diingatkan harga minyak masak yang ditawarkan di pasaran masih sama,” katanya kepada pemberita, hari ini.

The post Penentuan harga minyak masak botol: KPDNKK tunggu maklum balas pengilang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?