Pengerusi Bersih ditahan mengikut SOSMA
KUALA LUMPUR, 19 Safar 1438H, Sabtu – Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2014, tatkala himpunan Bersih 5 berlangsung di ibu negara, hari ini.
Maria Chin ditahan malam tadi, tetapi peguam kumpulan itu hanya mengesahkan penahanannya mengikut SOSMA selepas dimaklumkan, tengah hari tadi.
Mengikut SOSMA, pihak berkuasa berhak menahannya sehingga 28 hari.
Peguam hak asasi manusia juga melahirkan kebimbangan kerana SOSMA sepatutnya digunakan ke atas pihak yang mengancam keselamatan negara, terutama pengganas.
The post Pengerusi Bersih ditahan mengikut SOSMA appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan