Pensyarah antara penjawat awam dikenal pasti terlibat Bersih 5
SEPANG, 22 Safar 1438H, Selasa – Beberapa orang penjawat awam telah dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lalu di ibu negara.
Bercakap perkara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, buat masa ini pihaknya masih melakukan siasatan terperinci dan menyerahkan kepada kementerian terbabit untuk mengambil tindakan.
“Ada seorang dua dipercayai pensyarah dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan haram ini.
“Bagaimanapun, kita serahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyiasat lebih lanjut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penjawat Awam Convex 2016 di sini hari ini.
Mengulas lanjut Ali berkata, hukuman yang akan dikenakan terhadap penjawat awam yang terlibat bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukan.
Keputusan itu dibuat berikutan sebelum ni beliau telah mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak diluluskan.
Ini kerana mereka akan berhadapan tindakan tatatertib termasuk di buang kerja atau potong gaji.
Katanya, penjawat awam tertakluk kepada peraturan yang tidak membenarkan mereka menyertai sebarang perhimpunan yang tidak dibenarkan.
The post Pensyarah antara penjawat awam dikenal pasti terlibat Bersih 5 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan